Latar Belakang

Nama diberi Ahmad bin Abdul Razak atau lebih dikenali sebagai Pak Mad. Beliau berasal dari Perak dan telah bermastautin di Masjid Tanah, Melaka sejak 25 tahun yang lalu. Pak Mad telah mempunyai pengalaman mengajar memandu selama 15 tahun. Dengan pengalaman yang sedia ada, kini Pak Mad masih meneruskan kerja mengajar memandu bersama syarikat Institut Memandu Detik Erat yang terletak di Tanjung Bidara, Melaka.

Pengalaman Pak Mad sebagai pengajar pemandu telah banyak membantu pelajar-pelajarnya untuk lulus lesen memandu dengan jayanya. Sehingga kini, dijangka sudah lebih 1000 orang pelajar yang telah lulus mendapatkan lesen motorsikal B2 atau lesen kereta D melalui usaha Pak Mad. InsyaAllah Pak Mad akan terus usaha membantu mengajar mereka yang perlukan lesen B2 atau lesen D.

Untuk menghubungi Pak Mad di sini.